Most Attractive Graduate Employer Brands
Share

Siswazah utamakan gaji, bonus dalam pilih pekerjaan Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110314/BERITA/Nasional/Siswazah-utamakan-gaji-bonus-dalam-pilih-pekerjaan © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

KUALA LUMPUR – Tinjauan yang dijalankan oleh syarikat pengambilan siswazah, Talentbank baru-baru ini mendapati siswazah lelaki dan wanita di negara ini mengutamakan gaji dan bonus dalam pilihan pekerjaan mereka.

Tinjauan mendapati gaji dan bonus adalah pilihan utama daripada lima keutamaan yang dicari oleh mahasiswa di tempat kerja ideal mereka, selain peluang pengembangan kerjaya, bos dan pemimpin yang baik, peluang belajar dan pembangunan, budaya syarikat yang baik dan waktu kerja yang fleksibel.

Pengasas Talentbank, Ben Ho berkata, kebanyakan siswazah berkongsi pendapat bahawa mereka menjangkakan gaji permulaan antara RM2,500 dan RM3,500 dalam pekerjaan pertama serta elaun latihan praktikal RM1,000 sebulan.

“Namun, responden lelaki memilih pengembangan kerjaya sebagai keutamaan kedua, sementara responden wanita mencari bos dan pemimpin yang baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tinjauan dilakukan oleh syarikat pengambilan pekerja itu melibatkan lebih 24,000 pelajar yang memilih dalam Anugerah Pilihan Graduan Tahunan (GCA) ketiga, yang mana mereka turut memilih 10 Majikan Pilihan Graduan Untuk Bekerja 2021 – Maybank, Google, Microsoft Malaysia, Petroliam Nasional Berhad, Shopee Malaysia, Intel Malaysia, CIMB, Shell Malaysia, Celcom Axiata Berhad dan PwC Malaysia.

Pelajar dari universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia telah memilih jenama majikan pilihan yang paling menarik untuk bekerja daripada senarai 700 syarikat di 35 industri dalam survei selama 12 bulan yang dijalankan dari 1 September 2019 hingga 31 Ogos 2020.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110314/BERITA/Nasional/Siswazah-utamakan-gaji-bonus-dalam-pilih-pekerjaan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *