Most Attractive Graduate Employer Brands
Share

Gaji & Bonus Menjadi Keutamaan Siswazah Dalam Pilihan Pekerjaan. Wajar Atau Tidak?

Melalui tinjauan yang dijalankan syarikat pengambilan siswazah, Talentbank, baru-baru ini mendapati siswazah lelaki dan wanita di negara ini mengutamakan gaji dan bonus dalam pilihan pekerjaan mereka.

Sebagai siswazah, pastilah perkara ini wajar pada pandangan mereka setelah penat lelah menghabiskan pengajian selama beberapa tahun.

Namun, wajarkan perkara ini sebenarnya? Ikuti perkongsian di bawah untuk penjelasan lanjut.

LIMA KEUTAMAAN DICARI OLEH MAHASISWA

Tinjauan mendapati gaji dan bonus adalah pilihan utama daripada lima keutamaan yang dicari oleh mahasiswa di tempat kerja ideal mereka selain:

  • Peluang pengembangan kerjaya
  • Majikan dan pemimpin yang baik
  • Peluang belajar dan pembangunan
  • Budaya syarikat yang baik
  • Waktu kerja yang fleksibel

HASIL KAJIAN TALENTBANK 

Pengasas Talentbank, Ben Ho berkata kebanyakan siswazah berkongsi pendapat bahawa mereka menjangkakan gaji permulaan antara RM2500 dan RM3500 dalam pekerjaan pertama serta elaun latihan praktikal RM1000 sebulan.

Namun, responden lelaki memilih pengembangan kerjaya sebagai keutamaan kedua, sementara responden wanita mencari bos dan pemimpin yang baik.

WAJARKAH GRADUAN MENGUTAMAKAN BONUS DAN ELAUN?

Berbalik kepada persoalan, wajarkah tindakan graduan mengutamakan bonus dan elaun?

Pastikan Kemahiran Cukup

Tidak salah sebenarnya graduan nak memilih pekerjaan yang menawarkan gaji yang mereka mahu. Tetapi pastikan kemahiran yang mereka ada sesuai dengan permohonan pekerjaan. Ingat, majikan tiada masa untuk mengajar pekerja dari awal. Kalau boleh, majikan mahukan pekerja yang masuk bekerja dengan kemahiran yang mereka mahu.

Mempunyai Pengalaman

Seperti yang kita tahu, pengalaman adalah perkara yang paling dipandang oleh setiap majikan di mana-mana syarikat. Apa yang menjadi kebimbingan graduan adalah macam mana nak dapatkan kerja kalau tiada pengalaman?

Bagi graduan yang tiada pengalaman kerja, penting untuk anda mula membina portfolio sendiri seawal waktu anda melanjutkan pengajian. Semasa cuti semester, pastikan anda lakukan sesuatu kerja yang berkaitan dengan bidang anda. Contohnya, sekiranya anda dalam bidang Creative Design, anda boleh buat kerja freelance dengan menawarkan service design kepada peniaga online dan sebagainya.

Bermula dari Bawah

Sekiranya anda merasakan anda adalah graduan yang tiada pengalaman kerja, kurang kemahiran dan sebagainya, sangat tidak wajar untuk anda utamakan bonus dan elaun yang tinggi untuk memilih kerja. Anda patut bermula dari bawah, tidak kisah jumlah gaji yang ditawarkan, tetapi pastikan masuk akal.

Pada tahap ini, jumlah pendapatan bukanlah perkara yang perlu diutamakan. Apa yang perlu and utamakan adalah pengalaman dan pembangunan kerjaya. Ambil masa 1 hingga 2 tahun bekerja untuk meningkatkan kemahiran diri bekerja. Tidak salah pun bermula pada gaji yang tidak seberapa. Bila dah ada kemahiran kerja yang bagus, bolehlah anda demand gaji.

Semoga bermanfaat!

Source: https://edubestari.com/aspek-keutamaan-kerjaya-siswazah/

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *